Friday, November 6, 2009

TENTANG AKU...PENJEJAK PERMATA (PP)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

PP adalah seorang yang pendiam. Boleh kata perahsia...ya...banyak menyimpan rahsia. Tak berniat nak bangga diri...Alhamdulillah setakat ni apa-apa yang diamanahkan kepada PP sebagai rahsia, PP masih simpan elok. Allah masih bagi keizinan untuk PP tahan mulut dari mendedahkan rahsia dan aib mereka. PP jarang sangat cerita masalah dan isi hati kat orang lain. PP luahkan segalanya dengan menulis, mencoret dan sebagainya dalam diari PP yang memang banyak. Then, mengadu kat Dia Yang Maha Mendengar. Puas hati dan lega. Minta petunjuk jalan terbaik untu selesaikan masalah yang dihadapi. Alhamdulillah Allah tak pernah menzalimi hambanya...

Sekarang..mungkin blog ni adalah wadah untuk PP mencoret rasa. Apapun...PP adalah manusia biasa...yang selalu saja buat kesilapan...maka...andainya coretan hati ini ada terselit kesilapan...tegurlah dan nasihatilah PP agar PP terus tabah mencari permata keredhaan Ilahi...

1 comment: