Friday, November 6, 2009

Cinta Ilusi...Suatu kisah untuk pengajaran semua...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Ini adalah kisah benar...suatu kisah yang PP alami sendiri untuk dikongsi bersama....Suatu pengalaman yang menyedarkan PP bahawa cinta yang sebenar adalah cinta kepada Allah...Tuhan Yang Maha Mengerti....Ya Allah...rindunya aku untuk berteduh di bawah dakapan rahmatMu....

Ini kisah benar....bukan rekaan...bukan fantasi...bukan juga ilusi sekalipun ini adalah kisah cinta ilusi....PP ceritakan semula dalam bentuk monolog diri PP....

Aku tak tahulah bagaimana aku bisa terpaut hati kepada seorang jejaka. Aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan kerana aku sedar dia sering memerhatikan aku. Ya...bukan perasan atau syok sendiri. Bukan sepuluh atau sebelas kali sahaja dia 'tertangkap' ketika sedang curi-curi memerhatikan aku. Aku pun sebenarnya selalu juga curi-curi tengok dia tapi pandailah cover line supaya tak tertangkap macam dia yang selalu aku tangkap. Aku tau dia pernah terjenguk-jenguk cari aku ketika kumpulan 'geng' aku jalan melintasinya. Memang situasi membuatkan aku makin yakin yang dia juga dah tangkap cintan dengan aku....

Bukan itu saja, aku banyak kalilah juga terserempak dengan dia ketika sedang naik motor. Bayangkan...dia menoleh kat belakang sampai aku pun serba salah. Takut juga kalau dia tak perasan simpang di hadapan. Ada suatu masa tu, ketika kebetulan aku naik motor di belakangnya, aku perasan yang dia melihatku dari side mirror nya. Lagi...dia pernah mengekori aku naik motor padahal aku sebenarnya tahu dia nak pergi ke mana ketika aku terserempak dengannya. Akhirnya, ketika aku dah sampai ke destinasi yang aku tuju, aku nampak dia menoleh ke arahku dan meneruskan perjalanan ke kelas melalui jalan yang aku rasa dia jarang lalu pun jalan tu. Adoiiii....manalah aku tak perasan....

Memang cinta telah membutakan mata dan memekakkan telingaku. Padahal itukan cinta ilusi. Aku berangan yang entah apa-apa dan sampai membuatkan banyak kerja tertangguh...memang aku terlalu terbuai oleh cinta ilusi. Kiranya...aku rasa dia juga sebenarnya cintakan aku. Itulah agaknya yang menyebabkan aku jadi tak berapa nak betul. Sehingga aku pernah berdoa moga aku dijodohkan dengan si dia. Betapa tak senonohnya hamba ini dalam berdoa. Terlalu mengharap yang sehingga membuatkan aku tak dapat bayangkan kalau aku kahwin bukan dengan dia. Huargh...huargh...lucukan bila terkenangkan kebodohan dan kebengapan yang disebabkan cinta ilusi.

Sehinggalah pada suatu hari...aku diberitahu yang dia sudah berpunya...maksudnya, dia sudah ada kekasih. Nak tau tak apa perasaan aku???? Aku tak tau apa perasaan aku. Agak terkejut sebab dengar-dengar macam dia takde. Nampak baik je aku tengok. Namun...yang aku teramaaaaaat pasti ialah...takde sikit pun rasa terkilan atau sedih dengan berita itu. Takde pun rasa macam tak boleh hidup dengar berita itu. INILAH SEBENARNYA PENGAJARAN YANG AKU NAK SAMPAIKAN....kenapa ye aku tak rasa sedih. Padahal cinta ilusi itu hampir membunuh realitiku....tapi...bila dapat berita ni aku tak sedih sikit pun. Tetiba dada jadi lapang....Amat menghairankan...
Bertitik tolak dari itu, fikiran aku yang selama ini sempit dek terkenangkan dia jadi lapang. Aku terasa aman sebab aku memang tak nak fikir pakwe orang pun. Tapi aku tak rasa aku tak nak fikir dia sebab aku frust atau tension...tapi sebab aku dah tak berminat nak fikirkan dia yang dah ada makwe dan ia sebenarnya membawa aku ke suatu lembah ketenangan. Aku dah tak fikir dia lagi...masalahnya...memang aku dah tak ingat langsung dah kat dia...dah tak berangan-angan dah macam dulu...lalu...sebelum ni apa yang aku alami...

MAKA...INILAH YANG AKU KUTIP DARI PENGALAMAN INI...AKU TAKKAN BIARKAN KHAYALAN MEROSAKKAN RASIONALKU LAGI...AKU TAKKAN BIARKAN DIRIKU TERTIPU DENGAN CINTA ILUSI LAGI...AKU DAH TAK NAK PERASAN LAGI...

YANG AKU PINTA KINI IALAH...MOGA AKU TAK AKAN TERJEBAK LAGI DALAM CINTA ILUSI...SEBENARNYA...IA BERLAKU KERANA AKU ANG GAGAL KAWAL DIRI...TAK KUAT JATI DIRI....HA HA HA...aku nak gelakkan diri aku sendiri....gelakkan kebodohan aku yang mengejar cinta ilusi yang langsung tak pasti padahal cinta sejati untuk Ilahi adalah sesuatu yang teramat pasti dan peluang untuk aku merebutnya terbentang luas di setiap inci bumi ini...alangkah tak tahunya aku....

AMPUNI AKU YA RABBI...ANTA HABIBI....

TENTANG AKU...PENJEJAK PERMATA (PP)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

PP adalah seorang yang pendiam. Boleh kata perahsia...ya...banyak menyimpan rahsia. Tak berniat nak bangga diri...Alhamdulillah setakat ni apa-apa yang diamanahkan kepada PP sebagai rahsia, PP masih simpan elok. Allah masih bagi keizinan untuk PP tahan mulut dari mendedahkan rahsia dan aib mereka. PP jarang sangat cerita masalah dan isi hati kat orang lain. PP luahkan segalanya dengan menulis, mencoret dan sebagainya dalam diari PP yang memang banyak. Then, mengadu kat Dia Yang Maha Mendengar. Puas hati dan lega. Minta petunjuk jalan terbaik untu selesaikan masalah yang dihadapi. Alhamdulillah Allah tak pernah menzalimi hambanya...

Sekarang..mungkin blog ni adalah wadah untuk PP mencoret rasa. Apapun...PP adalah manusia biasa...yang selalu saja buat kesilapan...maka...andainya coretan hati ini ada terselit kesilapan...tegurlah dan nasihatilah PP agar PP terus tabah mencari permata keredhaan Ilahi...

Tinta Penjejak Permata....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Akulah...
Penjejak permata dibalik timbunan kaca
Sukarnya untuk kupilih dan kucari
Sukar kerana kaca itu tajam dan melukakan
Hingga adakalanya luka itu hampir melumpuhkan langkahku
Namun...
Sebutir permata dibalik selautan timbunan kaca tetap berkilauan
Ia tetap yang terbaik sekalipun tertimbus di timbunan paling dasar
Maka....
Mengapa harus aku putus asa menjejak yang terbaik
Mengapa harus aku menangis andai jemari tertusuk kaca kala menyelongkar timbunan kaca itu
Mengapa harus aku memberhentikan pencarianku ini...
Sedangkan...
Untuk menghindar jemari luka tertusuk kaca aku bisa memakai sarung tangan ketabahan
Untuk menghalang kakiku berdarah aku bisa menyarung sepatu ikhlas
Untuk menepis runtuhan timbunan kaca aku sepatutnya berbusanakan baju ketaatan
Sekalipun ketabahan, keikhlasan dan ketaatan itu hanya bisa digapai dengan kesungguhan
Lalu...
Kini...bersama jejak yang adakalanya terseliuh ini aku membina azam
Aku cuba mendapatkan jua sebutir permata itu walau apa yang terjadi
Moga aku direstui dan diredhai.....